Sistem Store Kredit Akan Dilaksanakan Sepenuhnya

Apa Itu Store Kredit?

 

1. Store Kredit adalah sistem pada web pamawa.net yang mana setiap pembayaran adalah menggunakan Store Kredit. 

 


2. Tuan Puan perlu Top Up Store Kredit terlebih dahulu untuk membuat pembayaran di web ini.  

 


Ipay (Payment Gateway) Akan Dibatalkan Sepenuhnya

 


3. Sebelum ini, pemabayran di web ini adalahj menggunakan sistem Ipay yang mana setiap transaksi dikenakan bayaran sebanyak 5% atau minimum RM0.60 . 

 

 

4. Secara purata, PAMAWA membayar kepada ipay sebanyak RM2,000 hingga RM3,000 bagi nilai transaksi bulanan. Jumlah ini sangat besar yang mana boleh menampung kos PAMAWA pada masa kini. 

 

Sistem Store Kredit Akan Digunakan Sepenuhnya

 


 

5. Sistem ini amat mudah dan anda tidak perlu lagi menunggu TAC dari pihak bank untuk membuat pembayaran menggunakan Ipay.

 

 

6. Walaubagaimanapun, Sistem Store Kredit ini adalah secara manual iaitu anda perlu membuat pemindahan wang ke akaun bank syarikat dan memaklumkan kepada admin berkenaan Top Up anda tersebut.

 

 

7. Anda boleh menghubungi admin di Telegram atau klik Di SINI

 

 

8. Anda boleh menyemak baki Store Kredit anda di https://www.pamawa.net/account-transaction (login ke akaun anda terlebih dahulu).

 

 

Minimum Topup

 


9. Pihak PAMAWA sedar kerisauan anda bagi mengeluarkan wang terlebih dahulu melalui sistem Store Kredit. Jesteru, minimum Top Up di Store Kredit ialah RM20 sahaja diikuti oleh RM50, RM100, RM500 dan RM1000.

 


10. Pelaksanaan Sistem Store Kredit akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Jan 2020

 


11. Maklumat lanjut berkenaan Sistem Store Kredit ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa. 


Terima kasih.