Buat makluman anda, pihak PAMAWA akan melakukan refund melalui sistem Store Kredit.
Ini bagi memudahkan transaksi anda dan juga pihak PAMAWA.
APA ITU STORE KREDIT
Store Kredit ialah wallet anda di web pamawa.net.
Ia mempunyai konsep yang sama dengan Shopee Coin atau Shopee Wallet di Shopee.
BAGAIMANA MENYEMAK STORE KREDIT ANDA?
Anda perlu login ke akaun anda dan klik STORE KREDIT seperti di bawah:
Anda juga boleh menyemak no order bagi refund tersebut.
Setiap kali pihak PAMAWA menambah baki Store Kredit, anda juga akan menerima email yang memaklumkan baki Store Kredit anda.
BAGAIMANA NAK MENGGUNAKAN STORE KREDIT.
Penggunaan Store Kredit amat mudah. Anda boleh menggunakan Store Kredit setiap kali anda ingin membuat pembelian baru.
Langkah-langkah adalah seperti di bawah:
a. Lakukan proses pembelian seperti biasa sehingga anda tiba di bahagian CUSTOMER INFO.
b. Anda dapat lihat baki Store Kredit dan klik APPLY untuk menggunakan baki Store Kredit tersebut.
c. Seterusnya, lakukan pembelian seperti biasa.
Sila maklum bahawa ini hanyalah tertakluk kepada anda yang telah mengisi borang Faulty Form apabila mempunyai masalah produk, penghantaran dan lain-lain.
Setiap masalah produk yang memerlukan refund perlu mengisi FAULTY FORM di https://bit.ly/32qZGkd