BAGAIMANA ANDA BOLEH JIMAT & MEMUDAHKAN APABILA BUAT PEMBAYARAN DI WEB.
Penafian: Artikel ini tiada sebarang penajaan atau komisyen kepada myboost.com.my
1. Salah satu kesukaran anda membuat bayaran di pamawa.net, ialah anda perlu menunggu TAC dari bank anda untuk membuat bayaran.
2. Jika anda mempunyai 10 order, maka anda perlu menunggu 10 TAC untuk membuat bayaran.
3. Cara mudah untuk membuat bayaran adalah dengan menggunakan aplikasi Boost.
APA ITU BOOST?
4. Boost adalah payment gateway seperti Touch n Go, Big Pay dan lain-lain.
5. Kelebihan payment gateway seperti Boost, Touch n Go, Big Pay dan lain-lain ialah anda boleh membuat bayaran dengan lebih pantas.
6. Payment gateway Boost juga menyediakan cash back (rebet) dan lain-lain kelebihan terutama kepada agen PAMAWA yang buat pembayaran dengan kerap.
KELEBIHAN BOOST
7. Boost adalah 100% PERCUMA.
8. Tiada pendaftaran yang sukar, tidak perlu dimohon dan lain-lain lagi. Hanya daftar menggunakan no telefon anda.
9. Boleh digunakan di telefon (download aplikasi boost) dan juga desktop di https://www.myboost.com.my/.
KELEMAHAN BOOST
10. Anda perlu Topup sebelum menggunakan Boost. Minimum Topup di Boost ialah RM20.
KENAPA PAMAWA MEMPROMOSIKAN BOOST?
11. Ia memudahkan anda untuk membuat bayaran tanpa menunggu TAC seperti biasa.
12. Kadar cas ipay yang dikenakan juga lebih mudah.
a. Buat makluman anda, sistem bayaran di pamawa.net adalah menggunakan ipay.
b. Bagi setiap transaksi yang anda lakukan, ipay mengenakan cas sebanyak 3% atau RM0.60 (yang mana lebih tinggi) kepada pihak PAMAWA.
c. Namun bagi pengguna yang membuat bayaran menggunakan Boost, cas transaksi yang dikenakan oleh ipay kepada PAMAWA adalah lebih rendah iaitu sekitar RM0.05 - RM0.20 sahaja.
d. Ini sekaligus meningkatkan keuntungan PAMAWA dan pihak PAMAWA boleh fokuskan keuntungan untuk membantu lebih ramai agen, menambah produk, meningkatkan kualiti dan lain-lain.
13. Anda boleh terus daftar Boost di https://www.myboost.com.my/ menggunakan desktop atau download aplikasi Boost di telefon bimbit anda. Terima kasih.